Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
- genggam
- papan
- hiris
- jambangan
- laras
- kaki
- ikat
- baris
- orang
- naskah
1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.
2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok
kacang.
3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk
meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa
___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.
5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota
Melawati.
6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan
mendung.
7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
masam.
9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.
10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
adiknya.
Jawapan Latihan 1
1. senaskhah
2. genggam
3. baris
4. papan
5. laras
6. kaki
7. orang
8. hiris
9. ikat
10.jambangan
Latihan 2
Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Pak Mail membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .
A. buah B. tandan C. ekor D. biji
2. Se .............. tembikai itu berharga RM6.00
A. buah B. biji C. ekor D. pasang
3. Juhaira ternampak beberapa .....................burung hinggap di atas pokok kelapa.
A. tandan B. sikat C. potong D. ekor
4. Dua ............... bas digunakan untuk lawatan ke Kuala Terengganu.
A. biji B. buah C. pasang D. ekor
5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00
A. ekor B. pasang C. tandan D. keping
6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00
A. tandan B. biji C. pokok D. sikat
7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia.
A. gulung B. keping C. lembar D. pasang
8. Abang menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.
A. batang B. pucuk C. bilah D. urat
9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu.
A. jambak B. helai C. keping D. butir
10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
A. lembar B. keping C. buah D. gulung
Jawapan Latihan 2
1. B
2. B
3. D
4. B
5. B
6. D
7. D
8. C
9. A
10. D
LATIHAN PENJODOH BILANGAN(1)
1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
A ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam
2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.
A buah B ketul C batang D kaki
3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.
A butir B biji C das D gugus
4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.
A seketul B segumpul C selonggok D sehelai
5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya.
A keping B biji C lembar D naskhah
6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk penempatan
setinggan.
A blok B bidang C kumpulan D gugus
7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api.
A batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok
8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas
9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu.
A buah B tangkai C sikat D tandan
10. Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa meyerbu rumah pengedar
dadah itu.
A keeping B buah C helai D potong
11. ______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di Taman Negara.
A Sepasukan B Segerombolan C Sekawan D Segugus
12. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala ke dalam bakul
sampah.
A sebidang B seruas C sepuntung D segelung
13. Saya hanya makan ______ durian untuk merasainya.
A seketul B seulas C sehiris D sebiji
14. Pemburu itu melepaskan ______ tembakan ke arah burung itu.
A selaras B sekepal C sedas D sebutir
15. Ayah menghadiahkan _______ bunga kepada emak sempena Hari Ibu.
A sekotak B sejambak C sebungkus D sekeping
16. Abang menggunakan ______ tali untuk mengikat buah rambutan itu.
A seutas B sebentuk C sepotong D selingkar
17. Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu.
A setimbun B senaskhah C sebuah D sehelai
18. Berpuluh-puluh ______ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak.
A buah B tandan C biji D longgok
19. Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat semalam.
A batang B baris C kaki D jalur
20. Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa _______ penggali.
A sebuah B sebilah C sebatang D sekerat
21. Di atas para-para rumah nenek saya terdapat ______ pisang abu.
A setandan B selaras C sebatang D sepucuk
22. _______ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak.
A Seikat B Seutas C Sejambak D Serawan
23. Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca.
A kaki B kajang C lembar D cebis
24. Dalam sehari,Nenek Piah dapat menyemat 100 atap rumbia.
A kerat B tandan C kajang D helai
25. Ibu telah menumpangkan 50 nasi lemak dan 30 karipap di warung Pak Ali.
A bungkus…buah B bungkus…ketul C berkas…butir D buah…ulas
naskah ejaan salah, betul ialah naskhah
ReplyDeleteTerima Kasih
DeleteThank You
DeleteTq
DeleteTq
DeleteTq
ReplyDeleteWhat time to GMT-8
ReplyDeleteTak mau menulis senaskhah di Soalan 1
ReplyDeleteterima kasih.mohon share cikgu.
ReplyDeleteNaskah ejaan salah yang betul nya ialah naskhah
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteMana jawapannya?
ReplyDeleteTq
ReplyDeletePenjodoh bilangan bagi khemah apa ?
ReplyDeletePenjodoh bilangan bagi khemah apa ?
ReplyDeleteAnswer pls
DeletePenjodoh bilangan bagi khemah apa ?
ReplyDeleteHi cikgu.. tolong update banyak latihan-latihan seperti yang atas in other topics. is sangat mudah untuk rujuk kpd pljr2. terimah kasih and tlg teruskan usaha cikgu..:)
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.
ReplyDeleteThanks teacher for sharing
ReplyDelete